Tumpuan :
Nasional

Melaka cadang hari isytihar Merdeka jadi cuti umum Persekutuan

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan Melaka mengesyorkan 20 Februari setiap tahun diwartakan sebagai cuti umum sempena memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata ia selari sejarah penting negara meraih kemerdekaan selepas 446 tahun dijajah dengan pengumuman berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada 20 Februari 1956.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bercakap ketika wawancara Malaysia Hari Ini (MHI) mempromosi Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Sri Pentas.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita sudah mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum tahunan di Melaka, menggantikan cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang dirai pada 15 April setiap tahun.

“Justeru, kita berharap kerajaan Pusat dapat melihat tanggal 20 Februari sebagai tarikh bersejarah negara dan boleh dijadikan cuti umum Persekutuan.

“Saya amat mengalu-alukannya kerana inilah detik pembebasan negara daripada cengkaman penjajah dengan pengumumannya ketika itu dibuat di Melaka,” katanya pada sidang media hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini