Tumpuan :
Nasional

Media sosial kemungkinan perlu ada lesen operasi – Fahmi

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kemungkinan menetapkan syarat untuk melesenkan pengoperasian media sosial di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata, ketika ini media sosial beroperasi di negara ini secara tidak berdaftar.

”Ini boleh dilakukan tatkala kita memastikan platform media sosial ini berdaftar di negara kita.

“Pada waktu ini tidak ada.Jadi kita perlu pastikan mereka berdaftar supaya mereka faham untuk mereka beroperasi dan berniaga dalam Malaysia, mereka wajib patuh kepada undang-undang kita dan ikut arahan” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Terdahulu, ketika mencelah penggulungan itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi membangkitkan isu terkait dengan Facebook apabila mendakwa platform berkenaan begitu mudah memaparkan iklan perjudian.

Loading...
Terkini