comscore
Tumpuan :
Nasional

Media Prima raih kemenangan 17 kategori di ASA 2024

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) mengungguli 17 kemenangan pada kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 yang berlangsung di sini, malam tadi.

Jabatan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima menerusi Buletin TV9 memperoleh dua kemenangan.

Ia menerusi kategori Laporan Khas Berita TV Terbaik oleh Izzatie Rizan dengan laporan ‘Rumah kecil tapi berlambak bilik sewa’, manakala kategori Laporan Sukan Terbaik ‘Siaran langsung perlawanan persahabatan pra musim 2022 – Manchester United VS Liverpool’ oleh Mohd Hafizul Akhmal Azeman dan Zainal Za’aim Zainal Ratin.

Sementara itu, Ahmad Fedtri Yahya memenangi kategori Pengulas TV Terbaik menerusi ‘Aduan Jiwa: Hati Tertinggal di Syria’ yang disiarkan di TV9.

Manakala Pengacara TV Terbaik dimenangi, Fiza Sabjahan menerusi ‘Eksklusif laporan bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia’ yang disiarkan di TV3.

Rancangan Agama TV Terbaik pula dimenangi, Muhammad Saiful Saharuddin melalui program Sahabat Backpackers 2023.

Kemenangan lain termasuk kategori Bicarawara TV Terbaik, Animasi Tempatan TV Terbaik, Jurukamera TV MCP dan SCP Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik, Set TV Terbaik, Drama Terbaik serta Podcast Terbaik.

ASA 2024 dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad  dan Primeworks Studios, Nini Yusof.

Dalam anugerah anjuran Kementerian Komunikasi itu, Media Prima melalui tiga rangkaian televisyen iaitu TV3, TV9 dan 8TV serta Tonton dan media sosial, berjaya meraih 72 pencalonan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini