Oleh Amirulhakim Lokman
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengamal media perlu bekerjasama rapat dalam memastikan maklumat yang penting dan mutakhir membabitkan kesihatan rakyat berjaya disampaikan.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, media memainkan peranan besar dalam menjayakan sebarang inisiatif yang digerakkan KKM.
“KKM adalah penggubal dasar. Media adalah perantara. Matlamat kita sama, untuk kesejahteraan dan kesihatan rakyat” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Media Prima Berhad (MPB) di Sri Pentas, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran; Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia Efendi Omar; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin dan Editor Kumpulan NST, Farrah Naz Karim.