comscore
Tumpuan :
Nasional

Media berperanan penting bantu, angkat agenda pertahanan negara – Khaled

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bergambar bersama petugas media yang menyertai HBM2024 di Pangkalan Udara Jugra, Banting, Selangor. – FOTO: NSTP

BANTING: ‘Cabaran 24 jam sebagai tentera’ sempena Hari Bersama Media Kementerian Pertahanan yang melibatkan 56 pengamal media daripada 21 agensi tempatan diyakini dapat merapatkan lagi kerjasama dua pihak.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selain berpaksikan kepada anggota-anggota tentera, media penting dalam memainkan peranan mengangkat agenda pertahanan negara.

“Keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab MINDEF, ATM. Soal sayang, cinta kepada negara, sifat patriotisme, soal negara kita berdaulat ia memerlukan sokongan masyarakat.

Panglima Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim

“Maka di sini peranan media itu sangat membantu, terutama dalam membantu ATM dalam mengangkat agenda pertahanan negara. Pada masa sama media memainkan peranan menjelaskan dasar program dan inisiatif kementerian,”jelasnya.

Dalam pada itu, Panglima Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim pula berpendapat prestasi yang ditunjukkan pengamal media amat memberangsangkan

“Apa yang kita buat ini kita dah buat penilaian dan perbincangan. Beberapa aspek kita kenal pasti supaya aktiviti ini tidak merbahayakan pihak media.

“Secara keseluruhannya’well-done’ tuan-tuan dan puan-puan sudah melaksanakan tugas ini dengan baik,”katanya lagi.

Mengulas lanjut tambah Mohd Zairul Hisham, sejak ditubuhkan pada 1970 an, PASKAU telah melaksanakan pelbagai tugas dalam dan luar negara termasuk bantuan kemanusiaan.

Justeru, menerusi kerjasama antara media dan MINDEF kali ini dapat menyemai sifat patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Kita nak tunjuk kita siapa, PASKAU ada pasukan khas yang dikira masih baru. Walaupun baru tapi mampu berdiri seiring dengan Gerup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Khas Laut (PASKAL). Membezakan kami adalah bidang penugasan.

“Di masa akan datang kita nak pastikan PASKAU siap siaga dengan peralatan baharu dan latihan komprehensif supaya mereka ini dapat diatur gerak bila-bila masa tanpa mengira waktu,”katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini