TUARAN: Majlis Daerah Tuaran (MDT) bertindak melakukan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas penutup longkang rosak di sini hari ini.
Tindakan itu sekali gus melegakan penduduk sekitar yang terdedah kepada bahaya ketika menggunakan kaki lima kedai disebabkan hanya kerana penutup longkang rosak atau berkarat.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MDT berkata, kerja penyelenggaraan dan pembaikan untuk menggantikan penutup longkang rosak di beberaap lokasi sudah dilaksanakan hari ini.
“Tindakan itu diambil selepas masalah berkenaan tular di media sosial beberapa kali, yang menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai bahaya akan berlaku jika masalah itu tidak ditangani.
“MDT berterima kasih kepada pengadu yang membuat aduan mengenai perkara itu,” katanya.