comscore
Tumpuan :
Nasional

MCMC sekat 549 laman web lucah sejak Jan hingga Jun lalu

Oleh: Syafiqah Damanhuri & Rusyadi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: 549 laman web bersifat lucah dan satu bersifat sumbang telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bermula Januari hingga satu Jun lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, rekod itu berdasarkan tindakan pemantauan serta aduan orang awam.

“Dalam tempoh sama, 308 kandungan berunsur lucah dan 29 kandungan media sosial berunsur sumbang telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang telah dilakukan.

“Selain daripada tindakan sekatan laman web, MCMC turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan tindakan penurunan kandungan dengan kerjasama platform media sosial seperti Tumblr, X, Telegram, Facebook, Instagram, WhatsApp, Tik Tok dan lain-lain.” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail di Dewan Rakyat.

Setakat Jun ini juga, 19 laman web disekat dan 23 kandungan turut diturunkan berkaitan penjualan dan mempromosikan produk berkaitan seks dan ubat kuat seks.

Ia selepas MCMC mendapati perkara itu melanggar peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini