comscore
Tumpuan :
Nasional

MBSA beri kebenaran roboh Stadium Shah Alam

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran untuk projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dijalankan dan dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Menteri besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan MBSA telah memberi kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja merobohkan stadium itu Jumaat lalu.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” katanya menjawab pertanyaan pengikutnya di platform X pada 23 Disember lalu, yang bertanya mengenai perkembangan pembangunan semula KSSA.

Terdahulu Kerajaan Selangor memaklumkan  kos menaik taraf Stadium Shah Alam membabitkan jumlah RM787 juta.

Kebenaran Merancang (KM) sudah dihantar bagi projek KSSA pada 15 November lalu dengan proses perobohon Stadium Shah Alam melibatkan kos RM35.5 juta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini