comscore
Tumpuan :
Nasional

MB Selangor lawat keluarga Ku Adib Aizad

Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa hampir sejam menziarahi keluarga Ku Adib Aizad Ku Azmi. – FOTO: NSTP

SUNGAI BULOH: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meluangkan masa hampir sejam menziarahi keluarga Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20.

Ketibaan beliau pada jam 8.20 malam disambut ibu bapa Ku Adib, Hafizah Iszahanid dan Ku Azmi Saad serta Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman

Hafizah adalah Penolong Pengarang Berita BH, manakala Ku Azmi adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Amirudin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak sulung dan merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun.

FOTO: NSTP

Katanya, berdasarkan semakan, mangsa juga adalah salah seorang penerima pinjaman Dermasiswa Yayasan Selangor.

“Jadi saya akan merujuk kepada Yayasan Selangor untuk tindakan selanjutnya.

“Kita kehilangan satu permata berharga daripada negeri Selangor dan kita amat bersedih dengan kehilangan ini,” katanya kepada media.

Terdahulu Ku Azmi ketika di tanah perkuburan berkata, doa beliau di Jeddah

Ku Azmi bersama isterinya, tiba dari Jeddah petang tadi selepas membatalkan umrah mereka minggu ini.

Mereka baru saja berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan Umrah semalam sebelum dimaklumkan mengenai berita kematian Ku Adib oleh pihak UiTM.

Dilaporkan ketika kemalangan berlaku, Hafizah bersama Ku Azmi dalam penerbangan ke Makkah untuk menunaikan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan petugas dan ahli keluarga.

Ku Azmi berkata, dia dan isteri sempat bermiqat, namun tidak dapat menunaikan umrah apabila menerima perkhabaran duka itu pada 9.13 malam (waktu tempatan di Jeddah).

“Ketika itu, saya berdoa supaya dapat melihat jasad anak buat kali terakhir… di depan mata saya. Alhamdulillah kami dipermudahkan kerana dapat penerbangan pulang pada 1.55 tengah hari dari Jeddah.

“Arwah seorang anak yang sangat baik dan sering membantu rakan lain. Jika di rumah dia rajin membaca al-Quran, kini saya kehilangan satu-satunya anak lelaki,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliyah di Saujana Utama, di sini, tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini