PUTRAJAYA: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dilakukan pada jam 10 pagi tadi.
Tambah Tan Sri Azam, pihaknya akan merakam percakapan pemimpin PAS itu dan sebarang tindakan susulan akan diputuskan kemudian.
Sebelum ini SPRM dilapor sedang menyiasat seorang pemimpin di utara tanah air yang disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar berjumlah RM1 juta yang mana syarikat itu mempunyai kepentingan dengan anaknya.
Siasatan juga termasuk tindakan pemimpin itu melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya bagi beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan Adun bernilai kira-kira RM300,000.
Projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.