comscore
Tumpuan :
Nasional

MB Pahang dibenarkan pulang dari IJN

FOTO: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/ Facebook

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dibenarkan pulang selepas menjalani prosedur pembedahan di Institut Jantung negara (IJN), hari ini.

Perkara berkenaan dikongsikan menerusi hantaran Facebook beliau selepas menerima rawatan di IJN sejak 7 Jun lalu.

“Alhamdulillah, saya telah dibenarkan pulang setelah menjalani prosedur pembedahan di IJN, tengah hari tadi.

FOTO: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/ Facebook

“Buat masa ini saya dinasihatkan untuk banyakkan berehat serta perlu menjalani rawatan susulan.

“Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat saya selama 8 hari saya berada di IJN. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan serta memberi sokongan kepada saya.

“Insha-Allah, selepas pulih saya akan kembali bertugas seperti biasa.

FOTO: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail/ Facebook

“Semoga Allah SWT memberi rahmat dan kesejahteraan kepada kita semua,” katanya menerusi hantaran itu.

Ketika menjalani prosedur pembedahan, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Wan Rosdy di IJN.

Turut hadir melawat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini