Tumpuan :
Nasional

MB Johor mahu Felda tingkat kualiti infrastruktur pendidikan

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah belakang) bersama penerima Geran Pembangunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) & Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda Wilayah Segamat di Felda Pemanis 1, Segamat. -Foto NSTP

SEGAMAT: Kerajaan Negeri Johor menyeru Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) agar meningkatkan kualiti infrastruktur pendidikan di kawasan tanah rancangannya.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata anak-anak Felda yang mendapat kualiti pendidikan yang baik akan mampu untuk menyumbang kepada pembangunan Felda di seluruh negara

“infrastruktur di felda banyak yg terabai. sekolah-sekolah banyak yg diabaikan.”

“Apa pun yang berlaku di luar sana, kita kena jaga anak-anak kita di Felda (dengan) tingkatkan kualiti pendidikan di kawasan Felda, tingkatkan tahap kemahiran anak muda kita supaya mereka akhirnya dapat berkhidmat tanpa memerlukan sokongan kerajaan lagi,” katanya berucap di majlis perasmian Karnival Segalanya Felda Wilayah Segamat di Felda Pemanis Satu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip; Adun Pemanis, Anuar Manap dan Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Masni Wakiman.

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan memohon agar masyarakat yakin kepada pengurusan Felda bagi menerajui agenda penting untuk warga Felda.

Karnival Segalanya Felda yang berlangsung selama dua hari bermula semalam bertujuan untuk mengetengahkan aktiviti keusahawanan, kebudayaan, makanan dan produk keluaran Felda kepada masyarakat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini