Tumpuan :
Nasional

Mayat warga Myanmar lemas di Sungai Nal ditemui

Mayat warganegara Myanmar, Maung Zaw, 50, yang dijumpai pada jam 10.44 pagi tadi. – FOTO: Ihsan Bomba

KUALA KRAI: Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Nal, Stapolnal, ditemukan kira-kira 15 jam selepas dilaporkan hilang semalam.

Mangsa, Maung Zaw, 50, ditemukan dalam keadaan tertiarap dan terapung pada jam 10.44 pagi tadi, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata mayat mangsa dijumpai oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula kira-kira jam 8 pagi.

“Semalam, mangsa yang bekerja di sebuah kilang papan berhampiran sungai itu dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi bersendirian,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan rakan mangsa menyedari kejadian tersebut selepas melihat lelaki itu dihanyutkan ke tengah sungai akibat arus deras sebelum hilang.

Operasi pencarian melibatkan kerjasama bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan penduduk kampung dengan penggunaan lapan bot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini