SHAH ALAM: Mayat seorang wanita ditemukan terapung dalam longkang dekat Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim polis menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 6.30 petang.
Katanya siasatan awal mendapati si mati seorang wanita, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.
“Si mati ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta keadaan mayat berulat.
“Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian,” katanya menerusi dalam satu kenyataan.
Jelasnya mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.