HULU TERENGGANU: Mayat seorang wanita berusia 50-an ditemukan di dalam longkang berdekatan Pejabat Kesihatan Hulu Terengganu, awal pagi tadi.
Mayat ditemukan oleh orang awam di Batu 23, Jalan Kuala Berang.
Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti.
Menurut sumber, mangsa baru sahaja membeli kereta jenis Honda Jazz tetapi belum ditukar hak milik.
Kereta berkenaan turut dijumpai berhampiran mayat wanita terbabit.
Difahamkan, mangsa dipercayai dilanggar selepas berlaku pertengkaran di tepi jalan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu jam 8.30 pagi.
Sementara itu, belum ada maklumat daripada pihak polis mengenai punca kematian sebenar mangsa.