MELAKA: Pengunjung Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 20-an dalam keadaan tertiarap dan terkambus dalam pasir di pantai berkenaan kira-kira jam 8 pagi tadi.
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata hasil pemeriksaan awal terhadap tubuh si mati tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan unsur jenayah.
“Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya dihubungi di sini.
Christopher berkata polis sedang mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.
Pengunjung Pantai Puteri, Tanjung Kling digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 20-an dalam keadaan tertiarap dan terkambus dalam pasir di pantai berkenaan kira-kira jam 8 pagi tadi.
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada… pic.twitter.com/2S9DN6exdg
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 24, 2023
“Setakat ini, kita syak mangsa warga tempatan berdasarkan suntikan BCG (bacille Calmette-Guerin) dan dianggarkan berusia 20-an.
“Kita memohon orang ramai yang mengetahui kejadian untuk tampil atau menghubungi balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.
| ARTIKEL BERKAITAN