Tumpuan :
Nasional

Mayat wanita dipercayai warga asing ditemui di hotel bajet

Polis menutup laluan masuk ke hotel lokasi mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemui. -FOTO: NSTP

SERDANG: Seorang wanita ditemukan mati di sebuah hotel bajet di sekitar Bandar Kinrara, di sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat mangsa dipercayai warga asing ditemui oleh pihak hotel yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis kira-kira 9 malam.

Tinjauan media di lokasi sekitar 1 pagi, mendapati unit forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berada di lokasi kejadian.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan lot kedai berkenaan ketika ditemui memaklumkan tidak mendengar sebarang bunyi aneh.

Wartawan difahamkan, penduduk hanya menyedari berlaku kejadian itu selepas melihat kereta peronda polis (MPV) menutup jalan masuk ke lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan di lokasi masih belum selesai dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini