Tumpuan :
Nasional

Mayat terapung ditemui dipercayai lelaki terjun ke laut lari dari pihak polis

Foto Ehsan Bomba Sabah

Oleh Safwan Sawi

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki terapung ditemui di laut berhampiran Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejak kelmarin.

Mangsa warga Filipina dikenali sebagai Man, 18 tahun dipercayai terjun sekitar lokasi terbabit selepas ingin meloloskan diri dari pihak polis dalam satu kejadian pergaduhan bersama rakannya Jumaat lalu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayisa (JBPM) pihaknya menerima maklumat penemuan mayat mangsa melalui aplikasi WhatApps oleh orang awam kira-kira jam 9.48 malam tadi.

“Ketua Balai BBP Sandakan dimaklumkan melalui aplikasi WhatApps bahawa mangsa telah ditemui terapung oleh orang awam (rakan sekerja) di sekitar tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Penemuan itu tidak jauh dari kawasan mangsa dipercayai terjun.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Operasi SAR telah dijalankan oleh pihak Maritim sejak kemarin, namun gagal mengesan mangsa.

Kira- kira sehari selepas itu, JBPM Sabah telah melakukan SAR menerusi operasi permukaan air sehingga ke Pulau Berhala dengan radius pencarian 1 kilometer oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Loading...
Terkini