comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat tanpa identiti ditemui di Sungai Jertih

Mayat lelaki lengkap berpakaian t-shirt dan berkain pelekat ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi sungai Jertih di hadapan Masjid Hadhari di sini pagi tadi.

BESUT: Mayat lelaki lengkap berpakaian t-shirt dan berkain pelekat ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi sungai Jertih di hadapan Masjid Hadhari di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mayat tanpa identiti itu ditemui seorang lelaki sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, sebaik menerima maklumat, anggota bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 9.45 pagi dan menemui satu mayat yang masih berada dalam air.

Beliau berkata, petugas kesihatan turut hadir ke lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan mayat sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat kira-kira jam 11.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah selain tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati dan kes diklasifikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini