Tumpuan :
Nasional

Mayat reput ditemui terdampar di Pantai Beting Lintang

BESUT: Mayat seorang lelaki yang sudah mereput ditemukan terdampar di pesisir pantai Beting Lintang, dekat Kampung Raja, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat berpakaian seluar pendek itu daripada orang awam pada jam 9.08 pagi.

“Siasatan awal mendapati mayat tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, selain keadaannya yang sudah mereput. Kami percaya ia dihanyutkan arus dan dipukul ombak sebelum terdampar di pantai,” katanya.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mayat itu milik warga asing berdasarkan beberapa tanda, termasuk kewujudan tatu pada anggota badan.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini