KUCHING: Polis mengesahkan identiti mayat reput yang ditemui di dalam longkang di Tabuan Jaya, Ahad lalu adalah Nurul Asikin Lan, 26.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) petang ini.
AI Ringkas
Pengesahan Identiti Mangsa: Polis mengesahkan mayat reput yang ditemui di longkang di Tabuan Jaya pada Ahad lalu sebagai Nurul Asikin Lan, 26, berdasarkan keputusan ujian DNA. Mangsa dilaporkan hilang sejak 5 Disember selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Pengakuan Suspek: Suspek utama, seorang lelaki berusia 20-an, membawa polis ke lokasi penemuan mayat dan mengaku membunuh mangsa. Suspek mendakwa mengambil barang kemas mangsa untuk digadai bagi mendapatkan wang menyaksikan kejohanan bola sepak di Kemboja.
Penemuan Mayat: Mayat mangsa ditemui di dalam longkang berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya, oleh pihak berkuasa selepas suspek menunjukkan lokasi tersebut.
“Identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja telah dikenalpasti dan disahkan adalah mangsa Nurul Asikin,” katanya ringkas dalam mesej di aplikasi Whatsapp, hari ini.
Allahyarham Nurul Asikin dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.
Pada Ahad lalu, mayat wanita yang sudah reput ditemui di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya.
Mancha berkata, lelaki berusia 20-an iaitu suspek utama yang ditahan pada Sabtu membawa polis ke lokasi itu dan menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang.
Menurut Mancha, suspek turut membuat pengakuan dia membunuh wanita itu.
“Ketika dalam soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu (membunuh mangsa) dan mengambil barang kemas mangsa untuk digadai kerana dia memerlukan wang untuk perbelanjaan di ketika menyaksikan kejohanan bola sepak di Kemboja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.