Seorang remaja ditemui lemas selepas mangsa dan rakan-rakannya bermandi-manda di sebuah ladang sawit berdekatan Kampung Rahmat, pada jam 6 petang.
Sumber: NSTP pic.twitter.com/28T3JJ1OQd
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 10, 2023
BATU PAHAT: Seorang remaja ditemui lemas selepas mangsa dan rakan-rakannya bermandi-manda di sebuah ladang sawit berdekatan Kampung Rahmat di sini, pada jam 6 petang.
Mangsa berusia 17 tahun yang juga pelajar tingkatan lima itu dipercayai lemas dalam parit.
Difahamkan, parit itu baru digali seminggu lalu untuk pengairan di ladang sawit terbabit.
Sebelum kejadian mangsa berasal dari Taman Banang Jaya, dekat sini dipercayai terjun terlebih dahulu bersama seorang lagi rakan sebelum lemas.
Penduduk kampung cuba membantu mencari dengan menggunakan jala namun gagal. Jurucakap Balai Bomba Penggaram berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan penduduk kampung terbabit.
Operasi mencari dan menyelamat bemula dan mayat ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 7.21 malam.
Sebelum itu, anggota bomba terpaksa menaiki motosikal penduduk berikutan kesukaran membawa masuk jentera memandangkan laluan ke ladang itu hanya untuk kenderaan ringan.
Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.