comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat remaja hilang dibaham buaya ditemui

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUCHING : Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian yang berlaku di Sungai Samariang Aman dekat Sarawak ditemukan hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mayat Mohammad Faqrul Zaimi, 15 tahun ditemui di hilir sungai pada jam 11 pagi tadi oleh Pasukan Bomba BBP Petra Jaya sejauh 2 kilometer dari tempat mangsa disambar haiwan berkenaan.

“Pada jam 9.45 pagi seramai lima anggota Polis Marin lengkap bersenjata dan seorang anggota bomba membuat rondaan di hilir sungai dengan menggunakan bot penyelamat.

Mayat mangsa serangan buaya di Samariang, Kuching dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat. Foto: NSTP

“Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Marin membuat tinjauan dari udara pada jam 10.14 pagi dengan menggunakan dron dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), mayat mangsa ditemui pada jam 11 pagi,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis bagi tujuan pengecaman mayat oleh keluarga mangsa dan seterusnya dibawa ke hospital untuk tindakan seterusnya.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Petra Jaya dengan bantuan agensi berkaitan terlibat dalam operasi berkenaan.

Semalam mangsa dilaporkan hilang ketika sedang memancing dan menjala bersama tiga rakannya di sungai berkenaan.

Ketika kejadian kesemua mereka turun ke sungai kerana jala mereka telah tersangkut dan mangsa yang berada paling hadapan ketika itu telah disambar buaya.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini