Tumpuan :
Nasional

Mayat pelajar ditemui di Sungai Pahang

Mayat pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri, ditemui pagi ini.

Oleh: Fazli Ahmad

JERANTUT: Mayat pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri, ditemui pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa dijumpai jam 7.37 pagi, kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, ditemui sebaik operasi mencari dan menyelamat hari ketiga disambung semula pagi ini.

Mayat pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri, ditemui pagi ini.

“Ketika Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan rondaan dengan bot bersama dua anggota, mereka menemui mayat remaja terbabit terapung di permukaan Sungai pahang.” katanya menerusi kenyataan media.

Mangsa pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Temir, dilaporkan terjatuh ke Sungai Pahang ketika memancing bersama dua rakannya di atas rumah rakit.

Kejadian berlaku kira-kitra jam lima petang, Sabtu lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini