comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat mangsa lemas tragedi kepala air dibawa ke HSNZ

Oleh : Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Dua mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Blok 6 Sungai Air Putih, Kemaman dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk proses bedah siasat.

Mayat mangsa, Azizah Eiyi 40 tahun dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim 11 tahun tiba kira-kira jam 10 pagi dengan dibawa oleh kenderaan polis.

Kedua-dua mangsa ditemukan orang awam kira-kira jam 12.30 tengah hari dan 5.00 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, malam tadi.

Jelas beliau, mayat Azizah ditemukan terapung dan dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian sementara Muhammad Zulqarnain Haikal ditemukan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.

Lapan lagi ahli keluarga Azizah termasuk suami dan tunang kepada salah seorang anak perempuannya dikategorikan sebagai masih hilang akibat kejadian itu.

Usaha mencari mereka masih dilakukan.

Loading...
Terkini