comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki warga emas ditemui dengan kesan kecederaan pada leher

FOTO: NSTP

IPOH: Mayat lelaki warga emas ditemui dengan kesan kecederaan pada leher di sebuah premis bangunan persendirian di Bercham di sini, semalam.

Mayat Yep Nam Meng, 81, yang juga pekerja pembersihan di situ, ditemui berdekatan pintu koridor di tingkat bawah tanah premis bangunan lapan tingkat terbabit.

Difahamkan, warga emas itu yang juga bapa kepada dua anak, bekerja dan mendiami kawasan bangunan berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Kelibat mangsa sempat dirakam dan terpapar pada kamera litar tertutup (CCTV) bangunan itu ketika berada berdekatan dobi di bangunan itu, pagi semalam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, sekitar jam 7.20 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan penemuan mayat lelaki itu dan berkata tiada unsur jenayah dikesan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini