comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki telah meninggal dunia 5 hari ditemui

Foto hiasan

TANAH MERAH: Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Selasih, di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Mangsa yang berusia 53 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas jam 11.50 malam tadi oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu dan mayatnya sudah berbau serta berulat.

“Anggota kami menerima panggilan dari jiran mangsa yang memberitahu mengenai bau busuk dari rumah sebelah.

“Mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 90-an dan sudah nyanyuk menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu untuk membuat pemeriksaan.

“Mangsa ditemukan di dalam bilik tidur di tingkat atas dan mayatnya sudah berbau serta berulat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohd Haki berkata, siasatan lanjut yang dibuat tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

Beliau mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini