comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki OKU ditemui terapung selepas hilang 3 hari 

Foto: NSTP

SIBU: Mayat lelaki orang kurang upaya OKU ditemui terapung di kawasan hilir Sungai Rejang di sini awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, mayat dikenal pasti sebagai Moses Yong Jia Wan berusia 22 tahun dijumpai pasukan bomba jam 10.17 pagi.

Katanya, sejurus diangkat ke dalam bot, mayat dibawa ke jeti penumpang Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

“Sejurus itu, ahli keluarga mangsa diminta melakukan proses pengecaman dan mengesahkan mayat yang dijumpai merupakan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam sungai sejak tiga hari lepas,” ujarnya.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.

Dengan penemuan mayat sekaligus menamatkan operasi SAR yang memasuki hari ke-3 ini tadi tepat jam 11 pagi.

Selasa lalu, abang mangsa yang merupakan saksi utama kejadian melihat mangsa terjatuh ke dalam sungai sebelum tenggelam dibawa arus deras.

Justeru, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada jam 5.15 petang bagi menjalankan khidmat mencari serta menyelamat mangsa.

Loading...
Terkini