Oleh: Selwam Arjunan
GEORGE TOWN: Mayat lelaki dipercayai lemas ditemukan di kawasan pesisir pantai Tanjung Tokong, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 petang.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi berdekatan Tanjung Point Residensi di Jalan Tanjung Tokong.
“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati seorang mangsa yang terdampar di atas batu anggaran jarak 50 meter dari persisiran pantai.
“Anggota bomba mengambil mangsa dan membawa naik ke darat untuk pemeriksaan.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang turut berada di lokasi,” katanya ketika dalam kenyataan, hari ini.
Mangsa dikenalpasti sebagai Sekar Arumugham, 44 tahun.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.