Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui terdampar di Pantai Gorongon

Anggota polis mengangkat mayat lelaki ditemui terdampar berhampiran Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan. Foto NSTP

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar berhampiran Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang lengkap berpakaian itu ditemukan oleh orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.20 pagi.

Anggota polis mengangkat mayat lelaki ditemui terdampar berhampiran Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan. Foto NSTP

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis sedang giat mengesan waris mangsa terbabit.

Anggota polis mengangkat mayat lelaki ditemui terdampar berhampiran Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan. Foto NSTP

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil memberikan maklumat di balai polis berdekatan.

“Orang awam juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Afizul Ag Amin di talian 016-8352006,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini