comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan

Foto Hiasan

TUMPAT: Mayat seorang lelaki ditemukan di Sungai Kelantan di Pasir Pekan di sini, dalam keadaan membengkak dan berbau petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu jam 3.30 petang.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan terapung dan hanyut dibawa arus sungai dan masih berpakaian lengkap.

“Tiada sebarang luka yang jelas pada badan namun keadaannya sudah membengkak serta berbau.

“Mangsa seterusnya dibawa ke tebing sungai oleh pasukan bomba untuk mengelakkan mayat daripada terus hanyut dibawa arus sebelum dihantar ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hasil proses bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa yang berusia 28 tahun itu disebabkan lemas dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Amran berkata, siasatan polis juga mendapati mangsa adalah individu yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan yang dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan di tebing sungai di Kampung Pasir Pekan Tengah, di sini, kelmarin.

“Mayat mangsa dituntut dan diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Loading...
Terkini