comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui di Sungai Klang dipercayai milik penyanyi yang hilang – Polis

Oleh: Fareez Azman

KLANG: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di Sungai Klang pada lewat petang tadi dipercayai penyanyi Nidza Afham Mokhtar.

Perkara itu disahkannya ketika dihubungi Buletin TV3 sebentar tadi.

“Ya, tadi dalam jam 7 lebih petang ada orang memancing kawasan itu jumpa mayat. Pemeriksaan lanjut kita percaya itu adalah mayat Nidza yang dilaporkan hilang semalam.

“Masa jumpa itu lebih kurang 1 kilometer daripada jambatan yang ditemui telefon bimbit dan dompet,” jelasnya.

Tambah Datuk Husain, mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan keluarga akan dimaklumkan dalam masa terdekat untuk pengecaman.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada jam 7.45 petang semalam.

Loading...
Terkini