Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki ditemui atas katil

IPOH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah rumah di Pekan Bharu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 51 tahun itu oleh orang awam jam 8.41 malam.

Menurutnya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada badan lelaki itu.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan sesak nafas.

“Tiada sebarang unsur perbuatan jenayah. Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes terbabit supaya menghubungi Inspektor Azrene Shazwani Abd Manap di talian 019-2702236 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini