comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat lelaki dalam timbunan sampah, sisa kayu

GUA MUSANG : Mayat seorang lelaki dipercayai Orang Asli, ditemukan dalam timbunan sampah dan sisa kayu oleh pemandu jengkaut  ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah ladang Kuala Betis, Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat terbabit dijumpai kira-kira jam 8.30 pagi dalam keadaan tidak berpakaian.

Katanya, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an ditemukan tanpa dokumen pengenalan diri dan dipercayai telah berada di dalam sungai berkenaan sejak dua hingga tiga hari lalu.

“Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan pecah pada kepala dan kaki yang berkemungkinan terkena batu atau kayu dalam sungai. Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan,” katanya.

Ujarnya lagi, mangsa mungkin meninggal dunia akibat dihanyutkan arus sungai dan lemas.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur perlakuan jenayah.

Loading...
Terkini