comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat ketiga mangsa bot karam ditemui

KUCHING: Satu lagi mangsa bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit petang Khamis lalu, disahkan lemas.

Mayat, Amerson John Nain ditemui terapung di Sungai Batang Lebaan, Sibu, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, identiti mangsa disahkan oleh ahli keluarganya di Hospital Kapit, pada 12 tengah hari ini.

“Susulan penemuan mayat ketiga itu, kini pencarian masih diteruskan untuk mengesan seorang lagi mangsa iaitu Konstabel Iskandar Ibrahim,” katanya.

Semalam,  dua mayat yang ditemui disahkan sebagai Jack Balan yang ditemui terapung oleh anggota polis di Pulau Kerto, Sibu pada jam 10 pagi.

Manakala mayat kedua, Sarjan Jonathan Lambet pula ditemui terapung oleh anggota bomba pada jam 4.02 petang kira-kira lima kilometer dari lokasi bot karam di Sungai Batang Baleh.

Dalam kejadian pada 5 petang Khamis lalu, sebuah bot yang dinaiki lima individu karam di Sungai Batang Baleh berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh.

Seorang mangsa diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi hilang dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit kerana mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini