comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui tidak sempurna dipercayai dibaham buaya

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya. FOTO JHL SABAH

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang ketika mandi di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 16, di sini ditemui pagi tadi, dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya.

Mayat mangsa berusia sembilan tahun ditemui di kawasan pantai tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pada jam 7.45 pagi tadi di pantai Sinakut Felda Sababat 16 Lahad Datu.

Katanya, laporan awal diterima kejadian terjadi ketika mangsa dan ahli keluarga datang bercuti ke rumah keluarganya di Kampung Sinakut Felda Sababat 16 Lahad Datu.

“Mangsa yang mandi bersama lima lagi rakannya dipercayai dibaham buaya dan diheret ke laut sebelum dihanyutkan ke pesisir pantai.

“JHL masih menjalankan siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini