Tumpuan :
Nasional

Mayat hampir reput ditemui di Bukit Chatak

DUNGUN: Mayat yang hampir reput ditemui oleh pencari kayu di dalam sebuah belukar di Bukit Chatak, di sini hari ini.

Mayat dipercayai lelaki tanpa identiti itu ditemui kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Ketika kejadian saksi terbabit mencari kayu di belukar untuk dijadikan bubu sebelum dia terhidu bau busuk.

Lelaki itu kemudian menghubungi polis selepas menjumpai mayat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian.

Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu.

Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat yang berada kira-kira empat meter dari tebing di atas bukit.

Lokasinya yang jauh dari laluan utama menyebabkan kejadian tidak disedari penduduk.

Mayat dihantar ke Hospital Dungun dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini