Tumpuan :
Nasional

Mayat gelandangan ditemukan di Sungai Pinang

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan di Sungai Pinang, di sini, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 1.30 tengahari memaklumkan penemuan mayat di dalam Sungai Pinang berdekatan Masjid Kampung Rawa, di sini.

“Siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati si mati merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 72 tahun.

“Dia dipercayai merupakan seorang gelandangan di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini