comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat dua wanita ditemukan dalam longkang

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Orang awam digemparkan dengan penemuan mayat dua wanita dengan kesan kecederaan dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, petang tadi.

Mayat mereka ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap dan berdekatan antara satu sama lain.

Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini.

Tinjauan di lokasi mendapati, sepasukan Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan siasatan.

Kedua-dua mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kenyataan berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini