Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
DUNGUN: Mayat dua pelajar ditemui lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Tasik Puteri, dekat Bukit Besi, petang tadi.
Mangsa berusia 20 tahun dikenali sebagai Muhammad Khalili Hasnol, berasal dari Ampang Jaya, Selangor dan Muhammad Qomarul Ariffin Mohd Ramly dari Kuantan, Pahang adalah pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Kedua-dua mayat ditemukan jam 8.38 malam tadi, 3 meter dari tebing di kedalaman 5 meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JPBM) Dungun.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Dungun.
Dalam kejadian 5.30 petang tadi, kedua-dua mangsa bersama 7 rakan yang lain mandi di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, sebelum tenggelam dan lemas dibawa arus.
Terdahulu kumpulan pelajar terbabit difahamkan menyewa rumah di Kampung Alur Tempoyak, Dungun sebelum berkonvoi ke Tasik Puteri dengan menaiki motosikal.
| ARTIKEL BERKAITAN