comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat dibuang macam sampah

 

MELAKA: Dah macam sampah.

Itu antara telahan awal rata-rata saksi penemuan dua mayat lelaki bertatu di kawasan semak tempat pembuangan sampah di tepi Jalan Kampung Ujong Padang, Cheng di sini pagi tadi.

Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh dua hingga tiga hari lalu di satu kawasan lain sebelum mayat mereka dibungkus dengan kanvas dan dibuang di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit kedua-dua mayat itu ditemui pekerja lori penghantar barangan runcit berusia 35 tahun ketika melalui tempat kejadian itu sekitar jam 9 pagi sebelum memeriksa dua bungkusan kanvas yang kelihatan pelik.

Dia yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera menghubungi pihak polis.

Foto: ihsan PDRM

Kawasan berkenaan terletak berhampiran kawasan perkuburan Kristian.

“Hasil siasatan awal mendapati tubuh pertama berada dalam kanvas yang diikat dengan kabel tie dan tali serta lengkap berpakaian kemeja-T hitam dan berseluar jean pendek. Mayat kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut tubuh ini tidak berpakaian dan hanya berseluar jean pendek,” kata Christopher.

Pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan tubuh dijumpai terdapat timbunan sampah namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat lelaki terbabit.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pemeriksaan turut menemui kesan tatu dicacah pada tubuh kedua-dua mayat, namun pihaknya masih mengenal pastinya berikutan coraknya tidak begitu jelas.

Loading...
Terkini