comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat budak 6 tahun ditemukan terapung

 

BETONG: Kegembiraan kanak-kanak lelaki mandi-manda di Sungai Debak di sini, bertukar tragedi selepas ditemukan lemas malam tadi pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa, Mohd Naqib Iman Nasriman, 6, ditemukan terapung oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Debak pada jam 10 malam di bahagian hilir sungai berkenaan.

“Selepas dijumpai, mayat kanak-kanak itu dibawa ke kediaman keluarga mangsa di Kampung Hilir Debak Laut di sini, sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima laporan kehilangan mangsa jam 10.53 pagi semalam.

Mangsa dilapor keluar rumah sendirian dan dilihat turun ke pangkalan perahu di Sungai Debak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini