Tumpuan :
Nasional

Mayat bertatu: Polis siasat jika ada kaitan geng kongsi gelap 360

MELAKA: Polis menyiasat dari semua sudut termasuk kemungkinan mayat dua lelaki yang ditemui semalam ada kaitan dengan pembabitan geng kongsi gelap 360.

Artikel berkaitan: Mayat dibuang macam sampah

Sumber berkata, ia berikutan terdapat tatu burung hantu pada satu daripada dua mayat terbabit.

Difahamkan, tatu burung hantu kerap dikaitkan dengan geng kongsi gelap 360 yang pernah ditumpaskan polis Johor pada 2017.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit ketika dihubungi berkata, pihaknya masih mengesan identiti suspek dan tidak dapat mengesahkan sekiranya mangsa terlibat dengan kongsi gelap.

“Setakat ini, siasatan awal penemuan kedua-dua mayat tiada kaitan dengan kongsi gelap, namun siasatan masih diteruskan.

“Bedah siasat mayat juga tidak dapat memastikan punca kematian berikutan pakar patalogi tidak menemui apa-apa kesan yang boleh menyebabkan kematian.

“Jadi, polis masih menunggu hasil ujian kimia untuk memastikan punca kematian kedua-dua mangsa,” katanya.

Loading...
Terkini