KUALA BERANG: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, kira-kira jam 7.00 malam semalam.
Mayat ditemui seorang tukang kebun, Junaidi Sulaiman, 40 tahun, ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di tandas tersebut.
Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul Muhammad Mustaffa.
Katanya pam tandas itu tersumbat dan berbau busuk.
Pam tandas itu dicabut dan kelihatan tangan bayi terjulur keluar dari takungan.
Pihak masjid kemudiannya segera menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin ketika dihubungi mengesahan kejadian.
Jelasnya mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan mereput itu sudah meninggal dunia melebihi 24 jam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.