comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat bawah bot APMM, disahkan wanita yang hilang sejak Khamis lalu

FOTO: APMM

PARIT BUNTAR: Mayat yang ditemui terapung di bawah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau, semalam disahkan adalah wanita yang hilang sejak Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, selepas penemuan mayat sekitar jam 6.45 petang, pihak polis menghubungi waris, bagi proses pengecaman mayat.

“Pengadu mengesahkan mayat yang ditemui itu adalah ahli keluarganya dan telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

“Pada jam 9 pagi tadi proses bedah siasat telah dijalankan dan mendapati punca kematian tidak dapat dikenal pasti akibat pereputan mayat.

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spesikulasi bagi menjaga sensitiviti keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta tampil berkerjasama dengan pihak polis.

Pada 26 Oktober lalu, seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Kuala Kurau.

Mangsa yang mendapatkan rawatan kira-kira sebulan lalu di Hospital Taiping, dikatakan mengalami kemurungan akibat dari penyakit tiroid dalam darah dan asma.

Loading...
Terkini