Oleh: Kumaran Rajamoney
KUALA KEDAH: Mayat seorang awak-awak bot yang dikhuatiri lemas semalam ditemui terapung oleh bot nelayan tempatan di kedudukan 2.0 batu nautika dari Pulau Bidan, Yan di sini jam 8.30 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat tersebut ditemui dengan masih lengkap berpakaian.
“Mayat itu berjaya dibawa naik ke bot penyelamat milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan keadaan laut yang agak teruk dan muara yang cetek.”
“Mayat kemudiannya dibawa ke Jeti Sungai Udang Yan dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut”, katanya.
Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) katanya ditamatkan jam 10.30 pagi.