comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik HTAR

 

Oleh : Fatin Hanani Sahimi

KLANG: Mayat 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuh Raya Guthrie petang semalam dibawa di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sekitar jam 1.20 pagi tadi.

Mayat dibawa dengan menggunakan dua buah kenderaan pacuan empat roda dan trak polis sambil diiringi pasukan kereta peronda polis (MPV) dan URB.

Turut kelihatan, beberapa kenderaan yang membawa pegawai perubatan.

Semua ahli keluarga dan waris hanya dibenarkan menunggu di laluan masuk ke jabatan berkenaan ketika proses menurunkan kesemua jenazah dilakukan.

Artikel berkaitan : Proses kenal pasti mayat akan mengambil masa kerana ada yang tidak sempurna – Dr Zaliha

Sebelum itu, ahli keluarga mangsa terbabit juga sempat mengadakan tahlil serta bacaan Surah Yasin.

Difahamkan kesemua mayat mangsa terlebih dahulu telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah IPD Klang sebelum ke HTAR, manakala proses bedah siasat dilakukan bermula 8 pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 individu maut membabitkan lapan penumpang dan kru pesawat manakala dua lagi mangsa adalah orang awam yang menaiki sebuah kereta dan motosikal yang melalui jalan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

Artikel berkaitan : 10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

Loading...
Terkini