Tumpuan :
Nasional

Maut ketika tangkap ketam akibat terkena renjatan elektrik

Anggota bomba mengangkat mangsa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.editor azri

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan jam 10.45 malam, pihaknya menggerakkan 10 anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan aktiviti menangkap ketam.

“Pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat selepas bekalan elektrik diputuskan Sabah Electricity,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan jam 12.05 tengah malam,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini