BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas digilis kereta api dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran Taman Sri Kijang Machang Bubok, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Komisioner Tan Cheng San, berkata polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 8.30 malam berhubung insiden berkenaan.
Menurutnya, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30an tanpa identiti mengalami kecederaan parah.
“Mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta api yang berada di landasan KTMB dari arah Bukit Mertajam menghala Simpang Ampat dalam daerah Seberang Perai Selatan.
“Ketika ditemui mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke bahagian forensik Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada kesan suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG) ditemui pada si mati selain tiada dokumen pengenalan diri.
“Tiada juga unsur jenayah yang dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. “Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 bagi membantu pengecaman mayat,” katanya.Dalam pada itu, Cheng Sanmenasihati orang ramai supaya tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintas landasan KTMB.”Ini kerana ia boleh membahayakan nyawa dan merosakkan harta benda,” katanya.
Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 bagi membantu pengecaman mayat.
“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintas landasan KTMB kerana ia boleh membahayakan nyawa dan merosakkan harta benda,” katanya.