Tumpuan :
Nasional

Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed 

KUALA LUMPUR: Selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed, isterinya Hana Ismail tampil memohon doa orang ramai.

Hana, 38, yang juga seorang pengacara berkongsi kesedihan di Instagram,

“Mata ini menangis dan hati ini bersedih namun kami akan menuturkan apa yang diredhai Tuhan kami(Muhammad SAW).

“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

“Pada hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.”Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Umm Nour (Hana) dan Lil Nour (anak),” tulis Hana.

Terdahulu, Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Syed kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen Shah Alam bermula hari ini selepas permohonannya menangguhkan hukuman terbabit ditolak.

Syed mendirikan rumah tangga bersama Hana pada 3 Disember 2022 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini